Kerja Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) - 28 Ogos 2016
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
1. Juruteknik Komputer (JAKOA Negeri Pahang & JAKOA Negeri Kelantan / Terengganu.)
Jabatan Kemajuan Orang Asli atau JAKOA merupakan sebuah jabatan dalam kerajaan Malaysia yang bertanggung jawab bagi mengurus hal ehwal orang asli di Malaysia. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ialah nama baru bagi menggantikan nama lama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang berkuatkuasa penggunaannya pada 15 Januari 2011.
Matlamat Jabatan Kemajuan Orang Asli adalah bagi melaksanakan pendekatan pembangunan secara menyeluruh yang melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan. Ia bertujuan bagi mencapai objektif peningkatan pendapatan, memperluaskan kemudahan prasarana dan amenitisosial, tahap kesejahteraan hidup yang lebih baik, dengan itu dapat melahirkan generasi baru yang berpendidikan dan dinamik serta pemuliharaan warisan dan budaya masyarakat Orang Asli.
Tarikh Tutup Permohonan : 28 Ogos 2016
Cara Memohon Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli
Pemohon yang berminat, boleh mengisi Borang Maklumat Peribadi dan emelkan kepada :-
resume.jakoa@jakoa.gov.my
resume.jakoa@jakoa.gov.my
Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)
Tingkat 20, West Block,
Wisma SDB,
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Wisma SDB,
142-C, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Maklumat lanjut Jawatan Kosong Jabatan Kemajuan Orang Asli boleh didapati disini.